Aku sedar kredibiliti aku diuji lagi. Sekali lagi aku diberi tugas yang sedikit sebanyak memberi impak yang besar dalam jadual harianku. Aku cuma tidak mahu terlalu fokus kepada kerja kerana situasi itu hanya sesuai pada mereka-mereka yang tidak punya komitmen pada yang lain. Aku pun dulu(sebelum punya komitmen) lebih selesa habiskan masa di pejabat kerana itu sahaja aktiviti yang buatku terasa puas.
Hari ini adalah hari pertama aku bekerja sendiri. Tugas-tugas eksekutifku yang baru berhenti semalam aku sambung. Ah,.. terasa bagai sudah terlalu lama aku tinggalkan masa sibukku dulu.Aku mengeluh perlahan,.. aku sedikit buntu untuk usaikan semua kerja yang sudah aku rancang semalam.Beginilah keadaan yang harus aku tempuh untuk menjadi aktif semula bila bekerja. aku harus berfikir laju. Pergerakanku juga harus laju setara dengan kelajuan fikiranku...........
~entahla.. aku pun tak faham kenapa mesti aku nak karang seperti diatas~sigh~
No comments:
Post a Comment