
aku amek kat google..
Hai.. selamat petang
Oleh kerana ramai bercerita mengenai kes Jimmy dan Suhaila.. Aku dengan jayanya klik kat google pasal cerita ni. Hampir setiap blog yang aku kenal, aku singgah dan baca. Kepohci kan aku ni
Sayu.. itu jawapan aku untuk kes ni. Ada baik dan buruknya bila berkongsi pengalaman hal rumah tangga kepada orang luar. Persepsi manusia berbeza-beza. Persepsi pembaca, pendengar, pelihat, pencerita etc.. semua tak sama.
Perkahwinan selama 20 hari bolehkah dijadikan ukuran si suami tak bagus? Sahnya perempuan menjadi isteri, perlukah suami bercakap menggunakan tangan sekiranya isteri tidak mendengar nasihat? Perlukah isteri jadikan kekerasan itu sebagai alasan untuk tidak tinggal sebumbung? Bolehkah ibubapa membiarkan anak perempuan balik ke rumah tanpa restu suami? Bukankah syurga isteri di telapak kaki suami? Bukankah suami perlu di utamakan oleh isteri dari semua aspek? Husband first as long as hubby tidak menyuruh kita melakukan apa jua yang berpaling dari Allah.
Semua orang tahu jawapannya kalau mengikut perkiraan fakta dan logik. Tapi jawapan sebenar terletak pada yang mengalami situasi tersebut. Dan, hanya pada Allah mereka patut meminta petunjuk dan pertolongan.
Aku tidak mengenali kedua-duanya. Jadi, apa yang dibahaskan disini hanya berdasarkan cerita yang aku baca dari blog2, suratkhabar dan rancangan TV. Namun, daripada apa yang aku baca dan lihat, sepertinya jiwaku berpihak kepada Jimmy. Aku tidak kata Jimmy itu betul. Tapi aku punya kawan yang tidak punya famili persis seperti Jimmy. Thus, I'm so in Jimmy's shoes. Aku lebih senang mengiakan 'statement' Jimmy. Sedikit 'bias' disitu.
Sayu bila dengar perkahwinan hanya bertahan tidak sampai 30 hari. Cantik dan kacak bukan lagi ukuran bahagia. Stabilnya hidup seseorang itu bukan lagi jaminan bahagia selamanya apabila berdua.
Aku masih mengharapkan ada jalan penyelesaian untuk kes yang hangat ni. I neither follow in details about this case nor a fan of Jimmy. Namun, aku berharap bahagia kembali bersinar untuk Jimmy & Suhaila.. ameen.
5 comments:
kesian kan..
@nadia fatihah
memang kesian... boleh nightmare hari2 kalau ada masalah macam ni
Post a Comment