12 Jun 2012

Membaca Jambatan Ilmu

APA ITU SAKA?

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.

TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.


Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.


ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?

Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.

Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.

Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.

Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.

Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.

Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.
Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.



APA ITU SANTAU?

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.



No comments: