Tepat pukul 10 pagi tadi dah ke surau Desa Timah Langat. Seronok rasanya bila dapat join orang sembelih lembu. Memandangkan suami dah letak nama abah untuk korban, so happily tunggu lembu tu kena sembelih.hihi~ Tapi taklah tengok time kene sembelih tu. Pregnant. Orang2 tua kat situ tak benarkan. Jadi tengok dari jarak jauh je.
Tadi pun tak tolong rewang kopek bawang. Ambil tender buat air je. Air pun air sirap je. Mudah. Tapi sebab cuaca agak bahang, cepat jugak air habis. Banyak kali jugak tolong refill. Ok ape. Adela keje jugak daripada dok membongak ja.
Actually sebelah petang ada masak2 untuk kenduri sebelah malamnye. Tapi aku tak pergi sebab suami tidur kepenatan seharian tolong melapah lembu. Kenduri sebenarnya selepas maghrib. Tapi aku santakkan terus ke isyak alang kepalang waktunye 8.11 pm. Aku yakin kalau aku pergi lepas maghrib, isyak aku lebur.haha~
Dah hujung2 ni badan cepat penat. Paling tak tahan kalau sakitnya tang belakang dan pinggang. Rasa nak beranak time tu jugak. Sakit weh tak tahan. Kena ingat setiap orang experience mengandung tak sama. Setiap anak yang dikandung pun lain ragamnya. Apa yang perlu adalah saling memahami. Sabar itu utama. Pregnant ni macam2 dugaan. Baik hubungan suami isteri atau pun keluarga. Atau tempat kerja. Banyak berdoa dan selawat. InsyaAllah pasti boleh hadapi dengan tenang.