9 Aug 2011

Derita Merindu

Aku memang sangat menderita sekarang. Derita sebab kulit aku alergi dengan krim garnier berharga RM9.90. Bukan alergi sepi ye kawan-kawan tapi radang kulit yang memedihkan. Tapi tiada gambar yang aku nak kongsikan sebab aku takde D60..erk..haha...Yang mahal tak ok, yang murah lagi tak ok!. aduh.. amek kau.. sekarang memang tengah rindukan kulit muka yang dulu. Even tak fair & lovely macam retis2 blogger. tapi yang penting sihat kan.. T_T

Tengah aku mengarang kat sini, ada message masuk. dan message itu hanya bertanda ?. Aku tak kisah pun, zaman dulu2 aku dah pernah main game macam ni. So, terima kasih kepada pemberi message tu (sorilah, aku dah terlalu tua nak bagi kau masuk line) sebab dah ingatkan aku pada seseorang.

Akulah yang mulakan dulu game ni. Tapi aku bijak sikit. Instead of typing only ?, type his name before ? because i think 99% he will reply me. Contohnya;

Apex?

ahahahaaha. lawak2. Yelah, statistik aku dapat A, so kalau setakat kebarangkalian macam ni aku boleh buat.  Tapi berdebau jugakla tunggu dia reply sebab aku secret admirer dia. Dobau sakan den. Disebabkan peratusan yang aku letak sangat tinggi, so tak sampai 2 saat dia reply ni;

Yes
Wahahaha... memang aku melompat macam teletubbies.. bukan macam beruk ye kawan2. Aku tak mau obvious sangat depan kawan2 yang aku hepi tahap dewa2 bila SA aku reply. Tak sangka kan. Hanya dengan satu perkataan itu telah buat aku berada cloud 9 selama 2 minggu. Langsung lupa perasaan berpijak di bumi nyata. Bau tanah pun aku lupa time tu. ahahahaaaa..

Sejak dari tu aku jadi rakan sms dia yang tak bertauliah, dah macam stalker pun ada. Aku tak berani berdepan dengan dia. Aku terlalu takut waktu tu. Takut keputusan aku yang aku regret nak buat tu akan buat someone patah hati buat kali kedua. Sekarang ni rasa bodoh je tak buat keputusan tu sebab i can't be with that someone either. eh.. NO i won't be with that someone. forever. full stop. Nak di pendekkan cerita. aku alone. that someone alone. SA with his BFF. good. aku dan that someone melopong. EH?? WAIT!! Aku ni tahap SA ajelah. Bukan F wannabe bukan GF wannabe apatah lagi SGF wannabe.. So jangan berangan nak cintan cintun ni. Semak..



Tapi sebelum bff dia berada di tangga teratas, aku sempat menyulam derita merindu bila berada ditangga terbawah. haip! aku nak betulkan kat sini tangga terbawah tak bermaksud aku loser tau.. aku dah ada chances tu. tapi aku sendiri tak berani nak panjat tangga tu even peluang terbuka luas.

Terbuka luas? owhh.. Aku dan Apex sempat bercinta ke? huhuhu.. aku continue lain post yer kawan2. Aku tak suka post panjang2.



No comments: