Showing posts with label what a life. Show all posts
Showing posts with label what a life. Show all posts

12 Oct 2013

Random #4

Hari ni betul2 rasa tak sedap badan. Perut rasa tegang sangat. Terasa macam anak membesar dengan pesat. Pedih2 pun ada kat kawasan pusat ni. Rasa menipis je kulit perut. Adehh..

Harini tak dapat nak basuh rambut. Aku tak suka orang queu time aku mandi. Rimas. Semua kena buat cepat2. Gosok gigi kene cepat. Sabun badan cecepat. Cuci muka cecepat. Hish... harap esok boleh kot. Kalau semua keluar bolehlah basuh rambut. Aku basuh rambut lama. Suka cuci sambil urut2. Best

Banyak plan yang hampir selesai. Semua demi kebaikan bersama. Cuma sakit sikit kepala sebab kena ketepikan famili sendiri dulu. Insya Allah berbaloi. Aku cuma tak nak apa yang di predict orang tua tu menjadi. Family bonding je cara nak elakkan mende2 camtu terjadi. Selebihnya berserah pada Allah. Kalau dah kun fayakun, redha je lah. Yang penting dah usaha kan.

Sikit masa je lagi untuk melangkah keluar. Dalam semua perkara pun sabar je lah ujiannya. Tahan dengan tak tahan je. Tapi kalau suami mintak tangguh lagi, terpaksa guna plan b. Aku capek. Tak habis2 jebakkan aku dalam situasi yang melemaskan ni.

17 Feb 2013

Orang tua

Setiap tahun pun wah akan masuk hospital.setiap tahun jugak pasti aku datang berziarah melihat wah. cuma kali ini sedikit berbeza sebab malam tadi aku berpeluang untuk jaga wah di hospital cantik ni.berdoa semoga dia kembali kerumah dengan dengan kesihatan yg maksimum.

Memang bertuah kali ni sebab dapat tidur kat kerusi empuk.sekarang duduk kat kerusi biasa je.takut tertidur lagi kalau sandar kat kerusi malas tu.sebenarnya takdela tidur sangat.aku seperti tak betah bila terdengar suara semput wah yg sukar bernafas.bila dah nyenyak tidurnya baru aku boleh terlelap.

Doktor telah sahkan hampir 70% paru-paru wah dijangkiti kuman.memang kalau lambat ke hospital haritu entahla apela yang jadi kat wah.ni pun aku balik-balik tengok dada dia.tengok samada berombak kuat atau tidak.memang itu pun yang selalu aku buat masa jaga arwah mak.risau der...

Kesihatan wah memang agak merosot kali ni.selalu bila hari ke 4 wah dah nampak segar dan sihat.tapi kali ni bergerak sikit je terus semput.kesian wah.dah 4 hari jugak dia tak buang air besar.alasannya takde kerusi roda.ntahla.sanggup pulak dia nahan.atau memang tak rasa nak buang.konpius pulak aku.

Whatever it takes, doakan wah semoga cepat sembuh.harap wah sihat segar bugar masa majlis nanti.

1 Dec 2011

Kau Hebat. Aku Tabik Kau

Yes. Aku tabik kau plus thunderous applause. Lakonan kau mantap sebelum subuh tadi. Aku sedikit sesal bermalam disitu yang akhirnya buat aku menguap sehingga kini.

Dowh, aku penat dengan sketsa kau. Kau dah bermula sekali lagi. Kau ulang lagi cara lapuk kau untuk dapat perhatian semua orang. Terkutuk tahu tak.. tahu tak.. Kau main-main tentang makhluk tak nampak. Kau claim yang kau dengar semuanya, nampak semuanya. Dowh, makhluk halus bukan senang nak menampakkan diri melainkan kau ada buat perkara yang tak betul kat rumah tu.

Sedikit pekung kau ada dalam genggaman aku. Cerita sebenar kau ke sini juga aku tau. Aku juga tau cerita yang kau sebarkan pasal aku. Terima kasih. Aku memang iri hati kat kau sebab lakonan kau hebat. Kau berjaya persuade others untuk membenci aku dan menjadikan kau mangsa keadaan.

Aku tabik kau

Aku memang tabik


Sekian terima kasih

18 Nov 2011

WHAT

Dari semalam meluap-luap nak usha page big eyes.. so tadi pun *klik* *klik*

Pergh.. gambo dia hide pulak.. so pergi page fiance dia *klik dengan hepi dan teruja*

Then,..

*MATA TERBELIAK!!*

WHAT? 


sob.. sobb.. dah kawin rupenye.. huwarghhhhh.. dia dah kawin dulu sebelum haku... tak hadil

Its been a year


I miss Zai and Misha

Why we can't be friends forever??

10 Nov 2011

a day before 11.11.11

@12.55 tengahari

Yup, aku memang tak boleh nak fokus bekerja sebab badan aku sakit-sakit. Kalau berterusan aku bakal badmood dan mula marah-marah. Itu memang aku. Mazmumah yang setiap tahun pun aku wish untuk fade away dari hidup aku. Jadi aku berdoa kat Tuhan supaya bos aku tak masuk hari ni. Sebab aku memang malas nak berpura-pura rajin.

Punca sakit badan : aku stress. 

Aku stress yang teramat bila doktor tu masukkan tiub kencing kat nenek. Bergenang jugak airmata aku bila dengar nenek mengerang sakit. Situasi memang mengingatkan aku pada arwah mak. Bila dah teringat, aku pasti fikir yang bukan-bukan.  Nauzubillah...


Garrhh.. dokter kejam.. bagila bius ke hape dulu.. sakit lahh..

nenek,.. please get well soon!

@2.40 petang

1) My boss didn't inform me that he's going to Indonesia today. WHAT?? 


pfft!!



2) Aku rasa aku kena pergi veterinar ASAP. Kittens & kimi tak kebah2 demam dari semalam. Kimi worst. Telinga berair.. Astagfirullah.. Sekarang aku agree. makanan yang mahal tak semestinya sesuai dengan si kucing. PAP! *tepuk dahi*


@6.20 petang


Aha... aku masih lagi di ofis. Aku dah turun dan masuk kereta actually. Tapi dah sejam aku melangok dalam kereta, aku masuk ofis balik. Serius, aku memang tak tau pukul berapa baru boleh balik ni.

Dah la takde mood langsung nak kerja arini, kucing-kucing pulak sakit (tak sabar nak jumpa diorang!). Aku bencilah terikat macam ni. Ape pun tak boleh. Asyik kena ikut keputusan orang lain aje. Bila melenting cakap aku derhaka.. kejadah??

Aku tak nak marah-marah. Aku tak nak marah.. aku tak nak.. Aku nak memory aku pulih. Hasil pembacaan aku kat google, orang yang suka marah-marah (macam aku!!) akan cepat lost memory especially perkara yang baru sahaja berlaku. SERAM kan. syndrom nilah yang menghantui aku sejak aku bekerjaya ni.

Fakta : Naju cepat gabra bila suruh ingat berapa amount untuk sesuatu perkara. Naju paling susah nak ingat nama orang yang tak beri kesan dalam kehidupan seharian. Naju memang hangin satu badan kalau di suruh tunggu tanpa buat apa-apa. haih... =.=

8 Nov 2011

Brain, please!

My memory become worst day by day. No wonder why everything do not went so well. And all the incident happened weren't others mistake. It's all about my memory can't recall my past. So, they took advantage on it. ohh..


5 Nov 2011

I hate when

I realize that snobbish have same birth month with me

feels like I'm hating myself

3 Nov 2011

Sugar Baby Sugar Sugar & My Hijab


source: my samsung corby2

So, They were us look like when spending time together. Most of the time we'll playing B.I.N.G.O.. and most of the time I win. (even I'm not focusing for bingo). Baby, try harder okeh. hahahaha~

I love them and I treat them like my own young sisters because I don't have one. 

Owh, happy sangat bila berjaya buat fishtail braid untuk akira. But, I don't have the picture to display as its akira's kot. 

Hijab just like a fashion when hijabers simply let others see their hair.

PAP *tepuk dahi* 

aku lah tuuu.   *gigit-gigit kuku*

I'm trying to wear hijab as mush as possible. I do. I really do. Just sometimes it turns to conflict in me where I feel awkward wearing hijab at  a place I called home. Susah tau makcik! Sangat susah sebab dari kecik pun kepala ni dah biasa telanjang bila orang datang rumah. (ceh, alasan  *mata pandang atas tangan pegang bahu*)

21 Oct 2011

Timbang rasa sikit ah


c.o.n.s.i.d.e.r.a.t.e

Happy Friday everyone. sila nyanyi lagu TGIF-Katy Perry bagi yang bercuti pada esok hari. Aku tak cuti. Aku kerja 6 hari seminggu. Di ulang, ENAM hari dalam SATU minggu =.=

Aku penat hari ni. Penat sangat. Walaupun aku kerja 9 sampai 5, hakikatnya setiap hari pun sampai rumah pada waktu maghrib. Bila penat aku selalu marah-marah. Jadi yang kena tempiasnya adalah orang yang selalu melewatkan waktu balik aku. Walaupun hari-hari aku dah ceramah pasal pentingnya tepati masa, tapi dia masih buat selamba benjeng seperti dia tidak penah jumpa perkataan itu semasa belajar bahasa melayu di sekolah rendah. 

Aku mengaku aku suka mengelat waktu kerja. Tapi, ngelat aku langsung tak mengganggu kerja aku di pejabat. Aku selalu main sim kat facebook, baca twitter anys dan sekodeng blog ailyl. Masa mengelat aku akan terganggu bila ada orang muat turun sampai 8 fail besar-besar kat pejabat ni. Siap tulis;

DO NOT OFF THIS SERVER

ceh.. langsung tak bagi can nak mengelat sama-sama. Kerja boleh fokus waktu pagi je bang, waktu petang harus buat regangan jari jemari dan tambah pengetahuan melalui internet.. Kalau dah line sekangkang kera ni fokus kat kau aje, habislah aku tak dapat nak tambah pengetahuan dan bersenam. =.="

13 Oct 2011

Stupid and Idiot


Stupid - lack of good judgement or intelligence and they are not at all sensible

Idiot - those that we think they are very stupid or have done something very stupid

"Being judgmental is bad" - Anys

I know Anys. But I can't help it. Same with your case about cheating (kau menahip ni macamlah anis suhailah baca blog kau. wake up. she's only active on twitter lately.. *tepuk dahi)
(eh.. tapi lagi bagus dia tak baca ape sebab nanti anys terbahak2 baca english kau.. hew hew -.-")

okey, back to story
When people hurt me, i keep it for myself and it will never fade away until i believe that people change that attitude. I call it hard to forgive. It's not the way of Islam. I know. But,.. I really can't help it. Sebab itu wujudnya ayat Iman tak dapat diwarisi nyanyian Raihan. Ayya kawan, saya bukan olang sempurna lo.

They come and go easily,.. like wind. They came. They jealous. They propa.  They get attention. They feel win. Then they go. I'm still here. Doing my daily life. Like usual. Then they come again. Pop out some their problems and want us to help. Kelip mata semua propa yang dulu jugak hilang sekelip mata. You kata you hebat. Tapi kau buat come back mintak tolong? You kata you ada semua yang we all ada. Masalah datang, kau tunggang langgang? herk

Aku memang tabik kat kau. Sebab karangan verbal kau selalu dapat A+. Tak macam aku. Tahniah


11 Oct 2011

Panic!


This is how I'm look like when cheque 200k missing in action.. nasib baik jumpa.. fuhh.. what a relief!!!

19 Sept 2011

Bila jumpa Orang KEKWAT

Seriously I don't know how to spell kekwat.. so kira betullah tu okeh..

Aku rasa orang poyo macam aku memang susah gile babi nak berhadapan/berusuran dengan golongan kekwat. Jadi, aku dah start searching for a new job. Maaf, bila mood aku berubah, kerja tertangguh. Aku jadi malas. 

15 Sept 2011

Hi peeps

Actually aku rajin blogwalking, tapi lepas raya ni memang giler malas nak update blog.. nothing special to share about. 2 3 minggu ni bahu aku sakit tahap gaban. aku pun tak tau kenapa sebab aku yakin lepas2 raya ni aku tak stress langsung pasal kerja plus life aku pon so so aje. nothing crucial to think about. 

Oh ya peeps, aku tumpang hepi bila tahu yang anys dah mula bertudung.. i don't care how she style her hijab, but i do care she's willingly to wear it. A bit malu tentang diri aku sebab aku dulu have been force to.. bukan sebab parents, tapi kadaan waktu tu yang force aku bertudung. Tapi sekarang tudung is something yang agak payah nak aku lepaskan dari kepala aku sebaik sahaja aku berada kat tempat yang asing bagi aku. 

Aku yang bertudung satu ketika dulu di cop sebagai poyo, ustazah dan skema..tsk.tsk.. kejam kan. kan kan.. tapi sekarang ramai yang pakai tudung. bertudung sebab fesyen. kejadah?. Okeh,, aku memang tertekan sebab sekarang tudung mahal2. Ape kes nak berlawan tudung sape paling mahal n trendy? huh.. tudung syria dulu boleh dapat cantik dengan harga RM10 sekarang harganya tak kurang 30. ceh! kadang2 aku rasa trend ni menyusahkan jugak. Menyusahkan aku. Jalan terbaik aku beli aje pashmina kat bangla carrefour sri petaling. murah beb.. 10 hengget aje.. lilit asal boleh yang penting tutup mane yang wajib tutup.. kan.. 

klah,.. actually celoteh panjang ni sebab nak ambil peluang nak ucap, Selamat Menyambut Hari Malaysia!!!!...Enjoy your holiday ye kawan-kawan.. Aku tak enjoy sebab Sabtu aku keje.. T_T 

k bai

13 Aug 2011

My Left Eye Sees Ghost

Okay, aku baru je lepas tengok cerita ni. Just now. Mata aku pun masih basah.haha..Kenapa cerita cina sekarang dah tak sehebat cerita dulu? why? why??

What? Tengok tv??? tak gi tarawih ke mak encik? ahahaaa. TAK. Maaflah aku memang dari kecil tak diajar solat sunat ni setiap ramadhan. Jadi nak memulakan tu bukan senang. Sangat susah bagi aku. Dulu, masa kat asrama and u ada jugak aku follow. tapi haram aku tak faham. tunggak tunggik aje. laju pulak tu imamnye. Aku tak biasa. Macam assume semua orang tahu solat tarawih. bosan. sebab aku tak faham!! ngerti nggak. jadi aku rasa takde soul untuk solat tarawih jemaah. Aku ada jugak mintak kawan ajar, tapi kawan-kawan yang rajin mengimarahkan surau dan masjid ketika ramadhan ni, ada sedikit riak tentang pengetahuan mereka tentang tarawih. But, I'm not sure how delicious they feel during they did tarawih. heh..

Tapi bukan tarawih yang aku nak ketengahkan kat sini. Sempena bulan Hantu bagi yang beragama Buddha, so 8tv ada sajikan cerita2 hantu sepanjang bulan ramadhan ni..  Pada mulanya aku pelik jugak sebab ada cerita hantu time2 ramadhan ni. Macam tak sesuai. Semalam one of my chinese friend bagi tahu pasal ni. barulah faham.

Okey, nak cakap sikit je pasal citer ni. Pada awalnya cerita ni nampak kelaka.. lagi2 bila dapat tahu yang heroin boleh nampak hantu melalui mata kirinya. Gelabah giler sebab nampak hantu. Tapi yang takleh nak handle tangis bila dapat tahu yang hantu yang sering bersama dia rupa2nya adalah suami dia yang dia teringin sangat nak jumpa selepas kematiannya. huk huk T_T Terlalu menghayati pun payah jugak kan kan kan.. ahahahahaaa...

Hargai apa yang ada kat depan mata okay. Like I miss my mummy so much. I taking care of her since the operation. Almost a month, but I can only see her face before she died because she was in comma. Betapa menyesalnya daftar masuk U cepat. Kalau aku tau, aku tangguh kan aje daftar. denda bukan mahal pun.  I wish I know.. hmm.. Alfatihah..


12 Aug 2011

Unsung Hero!

Meet my hero, aloe vera 100% gel

Its raining heavily outside which conclude to have me to stay in office until the rain stop. Raining heavily maksudnya hujan yang sangat lebat ditambah dengan guruh yang kuat plus kilat sabung menyabung. You can feel it when you try to imagine about Tanggang story, scene Tanggang kena sumpah jadi batu. Now try to have fun killing my boredom, I introduce you my unsung hero as you can see above. If you ever read my previous post about Derita Merindu, I ever shared about how pain I was (still in pain actually, just minus the itchy skin around my lips) when my oily skin turn to dry to sensitive skin.. alergi. My lips now rounded with kuping2 kulit mati yang tampak seperti kelemumur (salju!) .. ahahaha.. huduh..

K, tu je nak share.. Enjoy your iftar!! 

9 Aug 2011

Derita Merindu

Aku memang sangat menderita sekarang. Derita sebab kulit aku alergi dengan krim garnier berharga RM9.90. Bukan alergi sepi ye kawan-kawan tapi radang kulit yang memedihkan. Tapi tiada gambar yang aku nak kongsikan sebab aku takde D60..erk..haha...Yang mahal tak ok, yang murah lagi tak ok!. aduh.. amek kau.. sekarang memang tengah rindukan kulit muka yang dulu. Even tak fair & lovely macam retis2 blogger. tapi yang penting sihat kan.. T_T

Tengah aku mengarang kat sini, ada message masuk. dan message itu hanya bertanda ?. Aku tak kisah pun, zaman dulu2 aku dah pernah main game macam ni. So, terima kasih kepada pemberi message tu (sorilah, aku dah terlalu tua nak bagi kau masuk line) sebab dah ingatkan aku pada seseorang.

Akulah yang mulakan dulu game ni. Tapi aku bijak sikit. Instead of typing only ?, type his name before ? because i think 99% he will reply me. Contohnya;

Apex?

ahahahaaha. lawak2. Yelah, statistik aku dapat A, so kalau setakat kebarangkalian macam ni aku boleh buat.  Tapi berdebau jugakla tunggu dia reply sebab aku secret admirer dia. Dobau sakan den. Disebabkan peratusan yang aku letak sangat tinggi, so tak sampai 2 saat dia reply ni;

Yes
Wahahaha... memang aku melompat macam teletubbies.. bukan macam beruk ye kawan2. Aku tak mau obvious sangat depan kawan2 yang aku hepi tahap dewa2 bila SA aku reply. Tak sangka kan. Hanya dengan satu perkataan itu telah buat aku berada cloud 9 selama 2 minggu. Langsung lupa perasaan berpijak di bumi nyata. Bau tanah pun aku lupa time tu. ahahahaaaa..

Sejak dari tu aku jadi rakan sms dia yang tak bertauliah, dah macam stalker pun ada. Aku tak berani berdepan dengan dia. Aku terlalu takut waktu tu. Takut keputusan aku yang aku regret nak buat tu akan buat someone patah hati buat kali kedua. Sekarang ni rasa bodoh je tak buat keputusan tu sebab i can't be with that someone either. eh.. NO i won't be with that someone. forever. full stop. Nak di pendekkan cerita. aku alone. that someone alone. SA with his BFF. good. aku dan that someone melopong. EH?? WAIT!! Aku ni tahap SA ajelah. Bukan F wannabe bukan GF wannabe apatah lagi SGF wannabe.. So jangan berangan nak cintan cintun ni. Semak..



Tapi sebelum bff dia berada di tangga teratas, aku sempat menyulam derita merindu bila berada ditangga terbawah. haip! aku nak betulkan kat sini tangga terbawah tak bermaksud aku loser tau.. aku dah ada chances tu. tapi aku sendiri tak berani nak panjat tangga tu even peluang terbuka luas.

Terbuka luas? owhh.. Aku dan Apex sempat bercinta ke? huhuhu.. aku continue lain post yer kawan2. Aku tak suka post panjang2.



2 Aug 2011

Buka Puasa : Day 1

ye.. sila gelak kawan-kawan

Macam mana kadaan kamu kamu dan kamu berbuka semalam? Ni lah cara saya, berbuka at Mamak Restoran. But buying juadah berbuka at stall near kedai mamak.  Kecewa bila melihat sajian di kedai mamak lebih menyelerakan dan freshly cooked. While me buy nasi kerabu yang rupanya lauk ayamnya hasil gorengan semalam. Ah,,.. sangat kecewa. 

Kenapa tak masak sendiri? Aite, keluar office je dah 6.15 petang. Lagipun plan nak buka sama2 dengan Along. eceh.. if not, buka puasa sama kiki & kimi ajelah... 

HAPPY FASTING SEMUA!!