c.o.n.s.i.d.e.r.a.t.e
Happy Friday everyone. sila nyanyi lagu TGIF-Katy Perry bagi yang bercuti pada esok hari. Aku tak cuti. Aku kerja 6 hari seminggu. Di ulang, ENAM hari dalam SATU minggu =.=
Aku penat hari ni. Penat sangat. Walaupun aku kerja 9 sampai 5, hakikatnya setiap hari pun sampai rumah pada waktu maghrib. Bila penat aku selalu marah-marah. Jadi yang kena tempiasnya adalah orang yang selalu melewatkan waktu balik aku. Walaupun hari-hari aku dah ceramah pasal pentingnya tepati masa, tapi dia masih buat selamba benjeng seperti dia tidak penah jumpa perkataan itu semasa belajar bahasa melayu di sekolah rendah.
Aku mengaku aku suka mengelat waktu kerja. Tapi, ngelat aku langsung tak mengganggu kerja aku di pejabat. Aku selalu main sim kat facebook, baca twitter anys dan sekodeng blog ailyl. Masa mengelat aku akan terganggu bila ada orang muat turun sampai 8 fail besar-besar kat pejabat ni. Siap tulis;
DO NOT OFF THIS SERVER
ceh.. langsung tak bagi can nak mengelat sama-sama. Kerja boleh fokus waktu pagi je bang, waktu petang harus buat regangan jari jemari dan tambah pengetahuan melalui internet.. Kalau dah line sekangkang kera ni fokus kat kau aje, habislah aku tak dapat nak tambah pengetahuan dan bersenam. =.="
No comments:
Post a Comment