23 Oct 2012

Surat Kebenaran Nikah

Alhamdulillah..setelah bertungkus lumus tunang uruskan borang, 2minggu lepas submit ke pejabat kadi kluang.Pada mulanya agak cuak dengan interview yang harus aku tempuhi.Buku agama ada satu tu je lah.Memang tu je yang lengkap untuk sedari lahir hingga tutup mata amalan harian.Cuma kalau nak lebih detail kena refer buku lain.

Ingatkan bila dah lepas interview, semua dah settle.Rupanya kene jugak isi form online.Seminggu lepas tu baru boleh datang semula ambil surat kebenaran nikah.wakenabeb.bukan ape.swasta susah nak dapat cuti.

Beria abah suruh aku datang awal.takut aku kena beratur panjang.yelah, bulan november ramai yang kahwin.silap hari bulan sampai ke petang beratur.dahla jumaat.nasib memang baik.aku giliran kedua.tak sampai 5 minit dah settle dah.alhamdulillah.

Tak susah kalau cukup lima waktu solatnya.interview basic question. Yang penting jangan gelabah. mulakan dengan bismillah. basic, syahadah al fatihah dan doa qunut. wajib ingat masa interview! InsyaAllah boleh.

No comments: