9 Nov 2012

Diet? Possibble kah untuk Wedding?

Aku tak percaya aku boleh diet. Sebab minda aku kalah bila jumpa makanan. Lagipun aku taknak kurus. Aku just nak kurangkan lemak kat tempat tertentu je. 2 minggu aku cuba exercise like fergie. Macam biasalah atas ehsan google aku jumpa cara senaman yg mudah tapi ekstrem untuk dapatkan fergilicous.hik hik

Tgk video macam sesenang macam makan kacang cap pagoda. Tapi bila try menggigil satu badan nak bertahan dalam posisi yang sama dalam jangka masa 30 saat. Lepas dua minggu baru aku boleh bertahan seminit tu pun mengah lepas buat 2 kali. Korang nak tengok hasil nye. Aku pun nak tengok gak. Memang hepi gile.

(sorry aku update kat hp je, so gambar tak boleh besar =.=)

Gambar sebelah kanan tu aku ambil semasa hari raya aidlfitri tahun ni. Sebelah kiri tu aku ambil Ahad minggu lepas. Amacam? Korang rasa berbaloi tak aku berhempas pulas untuk dapatkan curve macam tu. hikhik. Actually aku ada gak beli bengkung yang berharga RM30. Ingatkan nak pakai bengkung tu jelah time nikah nanti. Tapi first time pakai, aku rasa yang perut aku takkan mengecil, just badan aku tak nampak berlipat ketika duduk bersimpuh je. Premium Beautiful?? Selain harganya yang dah sama dengan upah photographer aku, aku tak mampu nak pakai sendat2 pastu tertiba bila nak terkucil amek masa nak bukak bagai membuang. Lagipun kulit aku sensitif ketat-ketat ni. Lepas pakai konfem ruam bintik-bintik merah tu. Gatalnye ya Allah... Tuhan jela yang tahu. Kosser mak tau!! Gara-gara try pakai bengkung aritu bahagian pinggang aku ade kesan hitam tompok-tompok sebab ruam. Dah tak cantik kan. hmm..

Kalau ada cara yang lebih mudah dan murah, tak salah cuba kan. Lagipun senaman ni untuk kesihatan badan jugak. (ayat cheapskate) ahahaha... Amalkan setiap pagi selepas bangun pagi (solat subuh jangan skip pulak) atau setiap petang selepas balik kerja. 5 minit je. tak lama. Nak try? Ni aku bagi url nye 

How to Get Abs Like Fergie
Bagi yang bersebab dan ada target untuk dapatkan curve ni dalam masa yang tertentu, aku nasihatkan korang buat hari-hari dan masa tu jadikan sepuluh minit. Memang harus ekstrem. Tapi makan haruslah berhati-hati jugak. Fikir-fikir dulu sebelum makan. Tak pun, buat je macam aku. Kalau dah terasa harini makan banyak yang boleh contribute lemak, exerciselah lama sikit ok. Selamat mencuba! peace 


No comments: