2 Jan 2013

Wedding Review #3 : Bridesmaid & Best Man (Pengapit) for Reception

An dan Lili. Dua-dua sweet je walaupun Lili baru first time jumpa masa ikut diorang pilih baju. Tak memilih. Langsung tak cerewet. Kitorang pilih jalan TAR sebab An dah biasa beli baju raya kat sini. Lagipun pengapit punya baju, pastilah pengapit punya selera kan. Aku dan suami memang nak diorang selesa masa majlis. Dan kalau boleh baju tu diorang akan pakai lagi dan lagi after majlis. Taklah membazir.

Sebetulnya aku tak pernah ke jalan TAR untuk shopping. Aku seram sikit suasana kat situ yang terlampau sesak dengan orang dan kenderaan. KL ni kalau tak biasa jalan memang masalah bagi aku. Bila dah pergi sana, terpinga-pinga sebab barang murah dan cantik wacakaplu! Kualiti baju pun boleh tahan. Cuma sukar sikit nak berjalan jauh dengan cuaca yang mendung dan hujan.

Sebenarnya sepatutnya pengapit perempuan adalah best buddy aku. Tapi dia memang tak dapat hadirkan diri time majlis. Lagipun dia dah datang masa majlis tunang. Siap sponsor satu hantaran lagi. So aku taklah frust, lagipun pengapit je. Tak perlu sakit kepala. Mintak je tolong suami carikan sebab dia ramai kenalan. hehe..




Lili sangat helpful masa majlis bersanding. Lapkan peluh, amikkan lauk, air,..siap nak suapkan makan bagai.  Sampai aku paksa dia duduk makan baru dia makan. Memang sesuai ni nak jadi menantu sape2. haha.. berkenan?

No comments: