Showing posts with label wedding review. Show all posts
Showing posts with label wedding review. Show all posts

16 Jan 2013

Wedding Reception Post

No caption. Broken heart. Broken Smile. But hey... this is my big day, I must enjoy even they not allowed. 

ENJOICE!









3 Jan 2013

Wedding Review #4 : Hand Bouquet for Solemnization


Sebelum ni memang teringin sangat nak DIY HB. Tapi kekangan masa dan mood yang pada waktu sangat takde untuk majlis, aku ambil keputusan untuk beli je di mana-mana kedai bunga di Kluang. Aku sebetulnya tak tahu yang HB ni harus ditempah dulu. Kaget jugak mula-mula sebab pagi majlis tu baru abang aku gagahkan diri carikan untuk aku. 

Sebab baju dah kuning, mini pelamin dah pink merah, so aku request kat abang belikan soft purple. Lagi 15minit sebelum majlis baru sampai kat tangan HB ni. haha~ Tak gelabah pun time tu. Tapi kesian kat abang terkejar-kejar uruskan keluarga pihak suami dan HB ni.

Dengan harga RM60.00, aku dapat HB secantik gambar di atas, memang amat menggembirakan jiwa dan raga. Beli jelah, tak perlu susah nak fikir susun bunga bagai.. aku pun hampeh bab2 bunga ni. Jahanamkan aku terer la. wkwkwkwkk..

2 Jan 2013

Wedding Review #3 : Bridesmaid & Best Man (Pengapit) for Reception

An dan Lili. Dua-dua sweet je walaupun Lili baru first time jumpa masa ikut diorang pilih baju. Tak memilih. Langsung tak cerewet. Kitorang pilih jalan TAR sebab An dah biasa beli baju raya kat sini. Lagipun pengapit punya baju, pastilah pengapit punya selera kan. Aku dan suami memang nak diorang selesa masa majlis. Dan kalau boleh baju tu diorang akan pakai lagi dan lagi after majlis. Taklah membazir.

Sebetulnya aku tak pernah ke jalan TAR untuk shopping. Aku seram sikit suasana kat situ yang terlampau sesak dengan orang dan kenderaan. KL ni kalau tak biasa jalan memang masalah bagi aku. Bila dah pergi sana, terpinga-pinga sebab barang murah dan cantik wacakaplu! Kualiti baju pun boleh tahan. Cuma sukar sikit nak berjalan jauh dengan cuaca yang mendung dan hujan.

Sebenarnya sepatutnya pengapit perempuan adalah best buddy aku. Tapi dia memang tak dapat hadirkan diri time majlis. Lagipun dia dah datang masa majlis tunang. Siap sponsor satu hantaran lagi. So aku taklah frust, lagipun pengapit je. Tak perlu sakit kepala. Mintak je tolong suami carikan sebab dia ramai kenalan. hehe..




Lili sangat helpful masa majlis bersanding. Lapkan peluh, amikkan lauk, air,..siap nak suapkan makan bagai.  Sampai aku paksa dia duduk makan baru dia makan. Memang sesuai ni nak jadi menantu sape2. haha.. berkenan?

31 Dec 2012

Solemnization Post


Majlis berlangsung dengan sempurna. Terasa sekelip mata je dah dah isteri orang. Tiada gurau tawa. Hanya senyuman kelat terpalit dibibir masing-masing. Gembira bila aku sudah pun bergelar isteri. Masih sedih bila mengenang majlis ini di query abah sebab grand (tang mana grand pun aku tak tahu sebab aku hanya nikah dan sanding, siap skip malam berinai)







with OP


12 Dec 2012

Wedding Review #2: Shawl Nikah (Beads)

Masih ingat pada post saya yang lepas pasal beads kat shawl? So gambar kat bawah ni semua tinggal kenangan sebab aku dah bukak (kecuali yang kat tepi shawl) sebab tak sesuai di pakai bersama veil. Nampak sangat serabut dan muka seperti memboyak. *sigh*

Veil tu dah crowded. Bila tambah banyak beads kat shawl, kedua-dua material pun hilang seri. Mata serius keliru nak tengok yang mana satu. Dua kali kerja aku terpaksa bukak balik beads tu sambil nangis sebab jahitan sangat kukuh siap ada benang shawl yang tertarik. :'(

Tapi ok jugak tu, eksperimen namanya. ehehehe...







Sometimes less is more kan. Jadi peranan less tu sangat berjaya sebab make up aku pun tebal macam minah warung amek order gamaknye. Aku kurang setuju style make up ni tapi dah terlambat nak betulkan. Solemnization ni memang betul-betul berharap OP edit dengan jayanya. ameen.. kih kih..

(maafkan kakak saya, gambar yang dia ambil gegar tak sudah -.-)


4 Dec 2012

Wedding Review #1: Solemnization Dress, Veil and Shawl


Baru hari ni ada mood nak update pasal majlis tempohari. Actually, I letak gambar memain dulu eh. Sebab time majlis memang fully guna Official Photographer (OP). Ni pun terfikir nak upload kat sini. Amek jugalah guna handphone. hehe..


1) Veil from Puan Lijah, blogger yang sangat femes dengan hasil seni veilnya. Memang tertarik dengan setiap  detail yang dia buat. Tapi ..tapi.. aku beli yang Zahra Collection aje kat sini sebab masa tu dah singkat sangat nak request order kat Puan Lijah. Booking pun masa tu dah closed. So, apa yang aku buat, beli veil dan DIY sendiri beads nye. Bukan tak puas hati, cuma nak tambah bagi nampak same dengan baju nikah yang aku dah siapkan.

2) Halfmoon Shawl dari Aara Closet, masa ni memang dah lambat gile baru jumpa. Pastu nyesal sebab kalau tahu dari awal bolehla aku DIY veil sendiri. Memang teringin nak semuanya sendiri, sekurang-kurangnya dapatla cerita kat anak-anak nanti betapa gigihnya mummy dia ni buat persediaan untuk hari bahagia. EH. haha.. owh ye.. aku beli Pastel Yellow Basic. Pastu gigih tambah beads jugak kat hujung-hujung bahagian kepala supaya tak nampak kosong sangat. hehe..Ada kisah di sebalik beads kat shawl tu. Nak tahu? nanti aku cerita kat upcoming post. InsyaAllah. 

3) Dress, baju nikah from Kedai Jahit Mili Bangi. Baju ni lebih kurang sama dengan baju nikah Rina Hamid. Tak sangka kami ni sama-sama suka design ni. Aku ada request harga kat designer ni, lepastu aku nangis sebab harga tu mahal dan kena hantar 6 bulan lebih awal. Aku sangat suka design baju dia. Tapi tu lah, abah aku, aku tempah OP je dah bebel, lagilah kalau dia tau aku buat baju ngan designer ni. So, aunty husband bantu carikan tukang jahit yang terer buat design pelik-pelik ni. Alhamdulillah, sangat affordable.

Sekian dulu buat kali ini. Kalau gambar dah siap, aku akan share lagi mana yang patut ok. tata ^_^