12 Oct 2013

34 weeks

Hampir 8 bulan tinggalkan dunia blog ni. Tapi sejak rajin tengok blog Rina Hamid, rasa bersemangat balik nak aktif di sini. Adore dengan bakal hot mama tu. Preggy still hot lo! Tabik tabik!! Hehe..

Barang-barang baby semua dah hampir siap dibeli. Bila Rina emel list barang baru nampak apa yang kurang. Alhamdulillah, sangat membantu. Thanks Rina.. Hidup diperantauan memang kena jadi sangat tabah. Lagi-lagi bila mak dah takde. Terkial-kial jugak nak cari sendiri.

Aku hanya siapkan 5 barut untuk anak. Bila badan dah sarat ni rasa mengah pulak nak siapkan lagi 2. Target memang nak adakan 7 barut. Weekend ni kalau dapat beli bantal dan tilam anak bolehlah siapkan sarung bantal semua. Kain dah beli. Cuma ukuran belum ada.

Insya Allah kalau takde aral, hajat nak bersalin kat hospital serdang. Almaklum sejak berhenti kerja, terbantut hasrat nak bersalin kat tempat yang lebih selesa. Takpe, dah survey setakat ni serdang is the best place to go for. Dah deal dengan nurse next week dapatlah surat kuasa untuk bersalin kat serdang. Harap semuanya berjalan lancar nanti. Ameen..

Dah hujung-hujung ni agak rajin jugak cari doa untuk mudahkan bersalin. Surah Maryam juga tidak dilupa. Sekerapnya aku cuba baca. Aku memang risau sebab sejak mengandung ni aku ada kencing manis. Sedayanya aku usahakan elak ceaser. Berdoa hari-hari supaya boleh bersalin secara normal. Memang kerap ke toilet buang air. Penat. Buah mengkudu hampir setiap minggu blend buat jus. Bertujuan untuk stabilkan gula dalam darah. Kadang-kadang kalau rajin beli jus jambu batu. Minum yang freshmade tanpa gula. Jus jambu batu untuk rendahkan gula dalam darah.

34 minggu ni agak mencabar sebab anak sangat aktif. Cepat letih. Jadi keadaan rumah pun kurang terurus. I wonder what gonna happen to this house during my pantang.. sure kalut habiss.. hehuhehu...

Rasanya setakat ni dulu for fast update. Hope ada masa lagi untuk new upcoming update.. daaa...

No comments: