Memang kerja gila bila dah menunggu hari majlis,bermasalah pula dengan photographer. Dah bayar deposit pulak tu.Punyalah nak dia as my OP. Aku memang dah berserah je sebab dah dekat sgt dgn majlis. Aku taknak mende remeh ni kacau jiwa aku. Bincang sehabis baik dengan tunang tadi, kitorang decide tauke yg buat kad kahwin aku as OP. Yang penting perangai tak remeh dan serius dalam bertugas tika majlis berlangsung. Hired to success the majlis.bukan pihak pengantin dok risau pasal hal OP. Harap maklong..
Showing posts with label preparation. Show all posts
Showing posts with label preparation. Show all posts
21 Nov 2012
9 Nov 2012
Diet? Possibble kah untuk Wedding?
Aku tak percaya aku boleh diet. Sebab minda aku kalah bila jumpa makanan. Lagipun aku taknak kurus. Aku just nak kurangkan lemak kat tempat tertentu je. 2 minggu aku cuba exercise like fergie. Macam biasalah atas ehsan google aku jumpa cara senaman yg mudah tapi ekstrem untuk dapatkan fergilicous.hik hik
Tgk video macam sesenang macam makan kacang cap pagoda. Tapi bila try menggigil satu badan nak bertahan dalam posisi yang sama dalam jangka masa 30 saat. Lepas dua minggu baru aku boleh bertahan seminit tu pun mengah lepas buat 2 kali. Korang nak tengok hasil nye. Aku pun nak tengok gak. Memang hepi gile.

(sorry aku update kat hp je, so gambar tak boleh besar =.=)
Gambar sebelah kanan tu aku ambil semasa hari raya aidlfitri tahun ni. Sebelah kiri tu aku ambil Ahad minggu lepas. Amacam? Korang rasa berbaloi tak aku berhempas pulas untuk dapatkan curve macam tu. hikhik. Actually aku ada gak beli bengkung yang berharga RM30. Ingatkan nak pakai bengkung tu jelah time nikah nanti. Tapi first time pakai, aku rasa yang perut aku takkan mengecil, just badan aku tak nampak berlipat ketika duduk bersimpuh je. Premium Beautiful?? Selain harganya yang dah sama dengan upah photographer aku, aku tak mampu nak pakai sendat2 pastu tertiba bila nak terkucil amek masa nak bukak bagai membuang. Lagipun kulit aku sensitif ketat-ketat ni. Lepas pakai konfem ruam bintik-bintik merah tu. Gatalnye ya Allah... Tuhan jela yang tahu. Kosser mak tau!! Gara-gara try pakai bengkung aritu bahagian pinggang aku ade kesan hitam tompok-tompok sebab ruam. Dah tak cantik kan. hmm..
Kalau ada cara yang lebih mudah dan murah, tak salah cuba kan. Lagipun senaman ni untuk kesihatan badan jugak. (ayat cheapskate) ahahaha... Amalkan setiap pagi selepas bangun pagi (solat subuh jangan skip pulak) atau setiap petang selepas balik kerja. 5 minit je. tak lama. Nak try? Ni aku bagi url nye
How to Get Abs Like Fergie
Bagi yang bersebab dan ada target untuk dapatkan curve ni dalam masa yang tertentu, aku nasihatkan korang buat hari-hari dan masa tu jadikan sepuluh minit. Memang harus ekstrem. Tapi makan haruslah berhati-hati jugak. Fikir-fikir dulu sebelum makan. Tak pun, buat je macam aku. Kalau dah terasa harini makan banyak yang boleh contribute lemak, exerciselah lama sikit ok. Selamat mencuba! peace
1 Nov 2012
Teaser Veil & Baju Nikah
Alhamdulillah, baju nikah baru je ambil semalam. Kedai Jahit Mili. Jahitan kemas sempurna. Cuma aku je yang macam rasa sendat bila pakai baju tu. Aku dah terang habis kat tauke tu suruh dia longgarkan. Tapi masih jugak muat-muat badan. Tunang ada jugak tanya kot-kot aku nak repair. Nak pulak aku sebab aku kurang suka ubah-ubah nanti dah jadi lain. So, kawal makan dan jangan selamba benjeng je nak makan yang bukan-bukan. Setiap pagi pun senam yang ekstrem untuk tempat-tempat tertentu. Harus ingat, aku nak fit bukan nak kurus. So fit kan bahagian lengan, perut, peha dan punggung!
Murah.. Before this aku ada tanya designer. Sembilan kali lebih tinggi dari harga yang aku dapat. Sedih. Aku taknaklah membazir untuk sepasang baju yang aku rasa macam pakai sekali je seumur hidup ni.kan? Tapi taknaklah pick yang tangkap muat je. So inilah hasilnye..
Berkenaan dengan veil, aku dah lama beli dengan Cik Lijah Non-Cinderella Story. Aku beli yang dah siap punya sebab aku dah tak sempat nak DIY sendiri. Nantilah aku review ye.
Aku masih tercari-cari halfmoon shawl yang plain. Aku tak prefer yang dah ada manik sebab pada imaginasi aku kalau semuanya berlainanan corak akan jadi serabut. Hope aku dapat beli online harini jugak.ameen..
29 Oct 2012
Kalut Bila Surat Kebenaran Nikah Tak Ready Lagi
Hampir nak nangis bila adik telefon tadi yang surat kebenaran nikah aku pending. Punca pending sebab aku hantar borang tak lengkap. Ada 2 3 dokumen aku tak submit masa interview haritu. Pastu orang pejabat kadi tu siap cakap yang original sijil kursus aku dan tunang takde kat diorang. I was like... FTW!?? memang kalau bukan aku kat ofis lame dah aku jerit kuat-kuat.
Stress punya pasal terus telefon tunang inform macam kena EL esok atau lusa sebab nak settlekan surat tu cepat. Nanti kang tak boleh nikah on the big day, PENGSAN. Gigih aku call pejabat kadi balik. Masa telefon pun diorang cakap perkara yang sama, dokumen tak lengkap. Aish, mendidih telinga dengar. Bila tanye pasal original sijil kursus selambe je cakap, datang sana dan cari balik orang yang aku pass sijil tu. Ya Allah. Ya Allah. Rasa nak jerit je masa tu. Tapi sebab diorang yang uruskan surat, so aku tahan darah muda ni berpencak silat. Aku terang habis yang aku dah submit semua. Tinggal nak ambil surat kebenaran nikah je. Then baru lah orang tu faham. Pastu cari dokumen. Then cari surat tu dan yeay... everything is ready to collect. Alhamdulillah. Rupanya semua salah faham je. Ok fine. Yang penting semua dah ada. Syukur sangat-sangat!
23 Oct 2012
Surat Kebenaran Nikah
Alhamdulillah..setelah bertungkus lumus tunang uruskan borang, 2minggu lepas submit ke pejabat kadi kluang.Pada mulanya agak cuak dengan interview yang harus aku tempuhi.Buku agama ada satu tu je lah.Memang tu je yang lengkap untuk sedari lahir hingga tutup mata amalan harian.Cuma kalau nak lebih detail kena refer buku lain.
Ingatkan bila dah lepas interview, semua dah settle.Rupanya kene jugak isi form online.Seminggu lepas tu baru boleh datang semula ambil surat kebenaran nikah.wakenabeb.bukan ape.swasta susah nak dapat cuti.
Beria abah suruh aku datang awal.takut aku kena beratur panjang.yelah, bulan november ramai yang kahwin.silap hari bulan sampai ke petang beratur.dahla jumaat.nasib memang baik.aku giliran kedua.tak sampai 5 minit dah settle dah.alhamdulillah.
Tak susah kalau cukup lima waktu solatnya.interview basic question. Yang penting jangan gelabah. mulakan dengan bismillah. basic, syahadah al fatihah dan doa qunut. wajib ingat masa interview! InsyaAllah boleh.
Almost contented
Mata tak boleh pejam.penangan makan jeruk halia banyak2 kat sakae sushi semalam. Khamis ni balik kampung.Aku belum pun call mak andam yang aku nak hanitar barang hantaran hujung minggu ni.
Alhamdulillah.jalan nampak mudah.moga segalanya di permudahkan sehingga usai semuanya.tapi itu semua luaran. Dalaman aku dah sedia ke?
Surah dah berapa banyak hafal?amarah kau tu,bila nak bertukar ke lembut tapi tegas?solat kau tu,khusyuk tak?pakaian kau tu,bila mau tukar yang lebih sopan?jilbab kau tu sampai bila nak on off? Pertuturan dan kelakuan kau tu, bila mau ubah jadi lebih solehah dan teladan yg baik?awareness kau, bila nak bertambah?
Kagum aku dengan dena bahrin.antara contoh terbaik walaupun masih muda.moga Allah merahmatinya selalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)