Showing posts with label kittens. Show all posts
Showing posts with label kittens. Show all posts

19 Nov 2011

Rindu Bunga dan Kiki


kiki

bunga

abaikan noise. masa ni aku tengah nonton tv. Cinta Elysa. tapi tengah iklan

Even kiki jantan, dia sangat sayangkan bunga. Sayu hati bila terkenang diorang ni. Bunga hilang. Lepas bunga hilang, kiki terus sakit and RIP. Jiran ada cakap, kiki sanggup angkat bunga ke tingkap supaya kimi kiki dan bunga boleh sama-sama lepak kat tingkap. Tapi sayang, aku takde masa tu nak snap gamba. Mesti kiut kan.

10 Nov 2011

a day before 11.11.11

@12.55 tengahari

Yup, aku memang tak boleh nak fokus bekerja sebab badan aku sakit-sakit. Kalau berterusan aku bakal badmood dan mula marah-marah. Itu memang aku. Mazmumah yang setiap tahun pun aku wish untuk fade away dari hidup aku. Jadi aku berdoa kat Tuhan supaya bos aku tak masuk hari ni. Sebab aku memang malas nak berpura-pura rajin.

Punca sakit badan : aku stress. 

Aku stress yang teramat bila doktor tu masukkan tiub kencing kat nenek. Bergenang jugak airmata aku bila dengar nenek mengerang sakit. Situasi memang mengingatkan aku pada arwah mak. Bila dah teringat, aku pasti fikir yang bukan-bukan.  Nauzubillah...


Garrhh.. dokter kejam.. bagila bius ke hape dulu.. sakit lahh..

nenek,.. please get well soon!

@2.40 petang

1) My boss didn't inform me that he's going to Indonesia today. WHAT?? 


pfft!!



2) Aku rasa aku kena pergi veterinar ASAP. Kittens & kimi tak kebah2 demam dari semalam. Kimi worst. Telinga berair.. Astagfirullah.. Sekarang aku agree. makanan yang mahal tak semestinya sesuai dengan si kucing. PAP! *tepuk dahi*


@6.20 petang


Aha... aku masih lagi di ofis. Aku dah turun dan masuk kereta actually. Tapi dah sejam aku melangok dalam kereta, aku masuk ofis balik. Serius, aku memang tak tau pukul berapa baru boleh balik ni.

Dah la takde mood langsung nak kerja arini, kucing-kucing pulak sakit (tak sabar nak jumpa diorang!). Aku bencilah terikat macam ni. Ape pun tak boleh. Asyik kena ikut keputusan orang lain aje. Bila melenting cakap aku derhaka.. kejadah??

Aku tak nak marah-marah. Aku tak nak marah.. aku tak nak.. Aku nak memory aku pulih. Hasil pembacaan aku kat google, orang yang suka marah-marah (macam aku!!) akan cepat lost memory especially perkara yang baru sahaja berlaku. SERAM kan. syndrom nilah yang menghantui aku sejak aku bekerjaya ni.

Fakta : Naju cepat gabra bila suruh ingat berapa amount untuk sesuatu perkara. Naju paling susah nak ingat nama orang yang tak beri kesan dalam kehidupan seharian. Naju memang hangin satu badan kalau di suruh tunggu tanpa buat apa-apa. haih... =.=

17 Oct 2011

Rest in Peace Kiki


Kiki, you completed us,. once

We love you

P/S: I thought kiki reluctant to eat because of changing new teeth. I thought you refuse to touch food because missing of bunga like me. Never thought its kidney's problem come back. No wonder kiki is very afraid to eat. I'm sorry kiki. We thought to bring you to doc today."-.-

 ToT
Aku memang bodoh dan lampi.
Lepas ni nak belajar bahasa kucing.. ade?

15 Oct 2011

Kimi


Kimi selalu nakkan perhatian aku sejak kiki takde. Sian kimi. Kimi ada gak cuba-cuba bergurau dengan bulat dan sepet. Tapi diorang tu garang semacam. Kimi yang naik takut. 

Sabar ye Kimi. Bulat & Sepet masih dalam proses suai kenal. 2 3 hari lagi diorang akan ok. Love U





Meet Bulat


Hi,.. please to meet you guys.

Bulat, named by my new owner. Bulat refers to my eyes which is bigger and wider than my twins, Sepet.

This is how I slept on the first day I arrived at new place. Its very comfort to sleep by holding that thing,.. as long as my 'hand' hold something.. 

weird betul bulat ni tido. ade ke boleh tergantung kat situ sambil tido. haha.. hebat kucing sekarang. kau boleh? hahahaha..


P/S : Akira , kalau rindu kat dia ni.. jemput datang umah eh.. lai.. lai.. 

22 Sept 2011

You Name It..

Meet our new baby.. Sorry gambar blur.. I guna samsung corby aje sayang...


ahaks kantoi me pakai digi


Trust me, suara dia nyaring giler.. sampai ke otak rasenye kalau dia terjerit2 mintak ape ntah.. Still do not know its status yet. jantan ke betina memang tak boleh decide lagi. dulu dah tertipu ngan kiki. I thought betina, ghupenya bile dah besar jantan.. hu.. Dah dekat seminggu fikir nak bagi name ape kat anak kucing ni tapi tak tau ape yang sesuai. 



update*
bunga hilang a week before my engangement ToT