Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

12 Oct 2013

Random #4

Hari ni betul2 rasa tak sedap badan. Perut rasa tegang sangat. Terasa macam anak membesar dengan pesat. Pedih2 pun ada kat kawasan pusat ni. Rasa menipis je kulit perut. Adehh..

Harini tak dapat nak basuh rambut. Aku tak suka orang queu time aku mandi. Rimas. Semua kena buat cepat2. Gosok gigi kene cepat. Sabun badan cecepat. Cuci muka cecepat. Hish... harap esok boleh kot. Kalau semua keluar bolehlah basuh rambut. Aku basuh rambut lama. Suka cuci sambil urut2. Best

Banyak plan yang hampir selesai. Semua demi kebaikan bersama. Cuma sakit sikit kepala sebab kena ketepikan famili sendiri dulu. Insya Allah berbaloi. Aku cuma tak nak apa yang di predict orang tua tu menjadi. Family bonding je cara nak elakkan mende2 camtu terjadi. Selebihnya berserah pada Allah. Kalau dah kun fayakun, redha je lah. Yang penting dah usaha kan.

Sikit masa je lagi untuk melangkah keluar. Dalam semua perkara pun sabar je lah ujiannya. Tahan dengan tak tahan je. Tapi kalau suami mintak tangguh lagi, terpaksa guna plan b. Aku capek. Tak habis2 jebakkan aku dalam situasi yang melemaskan ni.

25 Sept 2012

Random #3

Baru 2 bulan tak bukak page, dah macam-macam tukar. Aku je yang dalam 2 bulan ni tak banyak berubah.

Pada awalnya memang nekad nak stop blogging. Sekadar jadi silent reader pun dah memadai. Tapi macam kena wake up call pulak sebab tiba-tiba macam nak menaip balik.

Aku baru lepas tegar melihat FB orang lain. Kawan-kawan lama. Kawan sekolah. Kawan belajar sama kat U. Aku nilai diri aku bermula dari situ. Mungkin pada luarannya tak nampak aku berubah. Tapi pada dasarnya pemikiran dan keinginan hidup 100% dah berubah. They call me nerd and weird. That wierdo make me famous among my secret admires (not so secret la sebab kenal.. kuang kuang). Weird tu dah tak ada, yang tinggal hanya nerd. So, no more uniqueness anymore.

As I am working at KL, it doesn't mean that I was influenced by their people. Mostly myself lebih teringin nak beli macam-macam since sekarang ni malaysian ramai giler yang bukak online shop. But still aku akan beli tudung harga bawah RM30 lah. Masih boleh kawal lagi tahap boros aku.Kih kih. Aku tak cakap tudung harga lebih RM30 mahal. Cuma aku rasa harga tu tak padan dengan gaji aku. Terpulang pada bajet bulanan masing-masing.

*krup.. krup.. kunyah biskut munchys*

Cuma perasaan aku je yang rasa aku ni dah matang. Tapi aku masih lagi gelak kuat-kuat, shouting, tak reti nak gossip dengan suara perlahan, bergurau senda sampai guling-guling, masih tak boleh kawal amarah, dan sangat cepat menyampah dengan everything yang annoying. Lagi satu yang masih tak buang-buang perangai buruk, once tak suka terus berusaha mengelak dari menda tak suka secara hitam putih. Pergh gile banzai.. eh banzai tu ape? wwkwkwkwk

Gaya penulisan aku lebih dipengaruhi oleh twitter. Aku pembaca setia twitter juga setia pada twitter yang aku follow. Aku dah jarang blogwalking sebab kebanyakannya akan buat aku terpengaruh nak makan, beli baju baru dan sebagainya. Aku tak salahkan diorang sebab diorang mampu. Aku bukan tak mampu, tapi tengah ikat perut nak kawin ni wei.

Eh! tinggal sebulan lebih je tau. Seriau mak jemah fikirkan. Harap-harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Aminnn..

21 Jun 2012

Random #2

Aku memang kurang idea untuk menulis. Aku anti sosial sejak duduk KL ni. Memang sungguh gerak geri ku diberi perhatian lebih oleh bakal imam ku.

Tiba-tiba teringat yang aku suka bermekap. Sedari kecil. Aku selalu kagum dengan hasil seni wajah yang telah diolah menggunakan warna agar nampak lebih cantik dan berseri. Kagum. Kagum. Meski begitu, dulu aku tak punya apa-apa jenis mekap pun sebab arwah mak aku kurang bermekap. Aku tahu dia sukakannya tapi mekap bukan keperluan. 

Because of that, I will survey everything yang I nak beli then make wishlist. Pastu dalam wishlist tu I akan potong semua yang kehendak. So, I akan beli yang keperluan je. Yakni hair care sahaja. Gila shampoo. Semua jenis dah try, memang dari rambut ni kerinting kecik-kecik sampailah jadi keringting besar-besar. Semua gara-gara try shampoo sana sini. Paling tak best bila guna rejoice. Rambut jadi terlalu ringan dan tak kerinting! Arghhh.. habis keaslian rambut saya. mencik.

First compact powder aku jenama silky white. Tu je yang termurah dan aku rasa terjamin ke-best-annye. Memang best. sebab muka aku macam tak putih sangat. EH. betul. Aku tak suka muka putih2. Aku kalau boleh nak kulit macam my fren, Ezly. Aku rasa tan itu comel. serius.

Tak bersyukur? Bukan macam tu. Memang I ni tak putih sangat. So kalau boleh pakai powder tak payah nak kontra sangat dengan kulit tangan. Nampak fake nyah oii. Ni pun tengah gigil bayang muka time majlis, mesti muka overdose ngan mekap, tangan I terkapai2 menyorok malu sebab warna dah tak sama ngan muka. Nak sapu  foundatoin kat tangan lah macam tu. boleh? kah kah..

Neway aku dah start beli barang yang dah pun aku survey sepanjang bulan lepas. InsyaAllah, aku akan copy paste kat sini if my finding best best hokeh.

okbai

eh jap, aku nak paste gambar hasil seni wajah aku sendiri kat sini. sat..